Saturday, August 7

KELAB BELIA ASWARI


AHLI KELAB BELIA ASWARI YANG AKTIF DI SMK CENEH BARU

KELAB BELIA ASWARI merupakan sebuah kelab yang aktif menghidupkan warisan seni tarian di Daerah Kemaman.Kelab yang beroperasi di No. 722-1, BATU 2 1/2, JALAN AIR PUTEH, 24050 KEMAMAN TERENGGANU ini telah ditubuhkan pada 29 Julai 2009 oleh PN. HARWANI.

Pada bulan Jun yang lalu, Kelab Belia Aswari telah melebarkan sayapnya ke Cheneh Baru atas kerjasama Encik Mohd Ropee Ismail yang mengajar di SMK Cheneh Baru, Kemaman. Sesungguhnya banyak aktiviti persembahan kebudayaan yang telah disertai oleh ahli-ahli kelab ini. Secara tidak langsung ia memberi pendedahan yang besar kepada belia-belia yang masih berada di bangku persekolahan. Di samping membina keyakinan berdepan dengan khalayak, para belia terutama pelajar-pelajar yang masih menuntut di sekolah dapat menghayati dan menghargai salah satu warisan kesenian budaya Melayu yang kian dipinggirkan.






Selain itu, pembabitan pelajar lelaki dalam aktiviti kelab ini sedikit sebanyak dapat menghakis tanggapan negatif sebilangan masyarakat yang menganggap penari lelaki hanya dimonopoli oleh golongan lelaki berperwatakan lembut sahaja. Semoga usaha murni yang dilakukan oleh kelab ini mampu menarik lebih ramai belia untuk menyertai aktiviti yang berfaedah di samping dapat menghargai seni tari Melayu yang menjadi kebanggaan di negara kita. Konsep 1Belia 1Malaysia akan pasti menjadi wadah yang akan turut sama dipikul oleh kelab ini untuk kesejahteraan dan kemakmuran.

Friday, August 6

KARNIVAL PEKAN BUDAYA KEMAMAN 2010

Pekan Budaya Peringkat Daerah Kemaman Tahun 2010 yang diadakan pada 21 Julai hingga 7 Ogos 2010 bertempat di Padang Astaka , Kemaman. Sebanyak 43 gerai daripada agensi kerajaan dan swasta yang telah mengambil bahagian di dalam karnival ini.Majlis perasmian karnival Pekan budaya telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’ Haji Mohamed bin Awang Tera, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan Dan Koperasi Negeri , pada 21 Julai 2010 jam 9.00 malam bertempat di Padang Astaka, Kemaman.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Mohamed Awang Tera dalam ucapan perasmiannya berkata, Pekan Budaya Kemaman adalah platform terbaik bagi pengusaha IKS memasarkan produk mereka selain mencari peluang rakan niaga baru. Selain itu, pengusaha IKS boleh menonjolkan kelebihan produk mereka untuk menarik perhatian pengunjung sekali gus menjana ekonomi baru bagi pengusaha IKS di daerah Kemaman ini.

Menurutnya lagi, Pekan Budaya bukan sekadar menonjolkan seni dan budaya negeri berikutan penganjurannya memberi manfaat kepada pelbagai pihak.

“Saya difahamkan lebih 40 gerai dan tapak pameran membuka perniagaan ma-sing-masing. Ini memberi ruang kepada peniaga IKS mencari ruang baru di pasaran terbuka,” katanya.

Pada majlis berkenaan, Mohamed turut menyampaikan cenderahati kepada semua pihak yang menjayakan Pekan Budaya Kemaman, melawat lebih 40 tapak gerai dan pameran serta beramah mesra dengan pengunjung yang hadir.

Perasmian karnival pada malam itu turut diserikan dengan pelbagai acara persembahan kebudayaan. Kelab Belia ASWARI turut terlibat dengan persembahan tarian Asmaradana yang mengasyikkan para pengunjung pada malam itu.

Wednesday, August 4

PATRIOTISME PEMANGKIN PEMBINAAN NEGARA BANGSA: Contohi semangat juang Mat Kilau

Patriotisme adalah satu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Mempertahankan kedaulatan negara dan kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seorang warganegara.
Semangat patriotisme yang tinggi sangat penting bagi setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbeza antara satu sama lain dan biasanya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, kecintaan yang mendalam kepada negara adalah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka dari sebarang bentuk penjajahan.



Era awal selepas kemerdekaan mempamerkan semangat sayangkan negara yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, rakyat berbilang kaum telah mempelajari mata pelajaran sejarah dan sivik bagi memupuk dan menyuburkan semangat cintakan tanah air.
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa semakin dilupakan. Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu aset intelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau bernilai perdagangan. Oleh itu ia tidak dipentingkan dan dianggap sekadar satu pengetahuan am.


Namun, sedari atau tidak, pendidikan sejarah merupakan aset yang amat penting dalam pembentukan keperibadian bangsa dan negara yang lebih kukuh, tersusun dan terarah. Ia juga amat penting untuk membina semangat patriotik yang semakin tandus dalam kalangan generasi muda kini. Justeru, kebanyakan kita lupa bahawa negara kita pernah dijajah selama 446 tahun (1511 – 1957), satu jangkamasa yang amat panjang.
Kita juga lupa tentang kesengsaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita tidak pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang tidak mengetahui nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato' Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti Spiderman atau Superman yang lebih menyeronokkan dan mengkhayalkan.
Bagi tatapan generasi kini, elok jika diimbau sedikit perjuangan Mat Kilau, salah seorang tokoh pejuang yang unggul di negeri Pahang. Beliau terkenal dengan keberanian dan kegagahannya melancarkan gerakan-gerakan penentangan (1891–1895) kerana membantah campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri Pahang. Beliau membantah perlaksanaan sistem Residen yang telah mengurangkan kuasa sultan dalam hal-ehwal pentadbiran, sekaligus mengenepikan peranan pembesar tempatan serta kesejahteraan rakyat jelata.
Dalam strategi awal penentangannya, Mat Kilau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memotong talian telegraf bagi menyukar dan memutuskan perhubungan antara pegawai-pegawai pentadbir British. Walaubagaimanapun, perbuatan ini dapat dikesan oleh pihak British. Pihak British pula cuba memujuk Mat Kilau agar bekerjasama dengan mereka, namun pelawaan ini telah ditolak oleh Mat Kilau.
Keengganan Mat Kilau untuk bekerjasama ini telah dijadikan alasan oleh British untuk menangkapnya. Dengan ini gerakan-gerakan memburu Mat Kilau serta pengikut-pengikutnya mula dilancarkan.



Perjuangan dan ketokohan Mat Kilau ini dapat dilihat daripada kesungguhan dan kesanggupan beliau berjuang berterusan menentang British walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Beliau menyedari Sultan yang berada di bawah pengaruh dan telunjuk British tidak mungkin memberi sokongan kepada usaha penentangan tersebut. Ditambah pula dengan adanya beberapa pembesar dan orang-orang tempatan sendiri yang sanggup berpihak kepada British dengan menyalurkan maklumat dan menyertai gerakan memburu beliau dan pengikut-pengikutnya.


Mat Kilau juga menyedari bahawa segala alatan senjata tradisi dan jumlah kecil senjata yang digunakan oleh pengikut-pengikutnya, sukar untuk menandingi senjata moden yang digunakan oleh askar-askar upahan British. Gerakan penentangan yang tidak bersepadu ditambah dengan jumlah pengikut yang tidak ramai, menyukarkan lagi peluang mereka mengalahkan dan menghalau British dari bumi Pahang. Namun Mat Kilau tetap meneruskan perjuangannya habis-habisan sehingga kampung tempat tinggalnya, iaitu Kampung Budu dibakar oleh pihak British seperti yang dinyatakan dalam petikan berikut:
"...Found much paddy. Burnt all Mat Kilau's houses, returned to camp around 5.30 pm. … advanced party fired one round shrapnel and crossing a deep stream double across the paddy field and up the hill, saw no one, burnt two houses and took away about 40 gantangs rice… entered Tulang Badang along struggling mukim …..burnt all houses and destroyed all paddy that was stored…" Cabutan daripada fail 579/92 - Pahang Disturbance – Report from Col. Walker, dated Raub 24th May 1892. (Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Penentangan Mat Kilau walaupun tidak berjaya menyekat kemaraan British, setidak-tidaknya ia dapat menyedarkan pihak British agar tidak memandang remeh terhadap keupayaan rakyat tempatan yang memiliki kekuatan tersendiri sebagaimana ditonjolkan oleh Mat Kilau. Berdasarkan kepada sumber-sumber rasmi yang terdapat di Arkib Negara Malaysia, pihak pentadbir British terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan khidmat tambahan polis Sikh bagi membantu memerangi kumpulan penentang (terdapat hampir 200 buah fail dalam simpanan Arkib Negara berkaitan Mat Kilau dan pergolakan di Pahang yang boleh dirujuk). Perbelanjaan tambahan juga diperlukan untuk mendirikan kubu-kubu pertahanan, jambatan dan menyediakan peralatan senjata selain membiayai ekspedisi memburu penentang tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan betapa besar ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh pihak British, walaupun kumpulan penentang ini terdiri daripada orang-orang kampung yang tidak terlatih dan tidak memiliki senjata yang canggih untuk menandingi senapang dan polis upahan British sebaliknya hanya berbekalkan semangat juang yang tinggi dan kecintaan kepada negara yang tidak berbelah bagi.

Jika rakyat Malaysia mempunyai semangat patriotik dan ketahanan diri yang tinggi sebagaimana yang dimiliki oleh Mat Kilau, kita tidak perlu untuk mengadakan institusi-institusi bagi menyemai semangat patriotisme dan cintakan negara seperti Biro Tata Negara, Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya. Namun, kerana ramai di antara kita yang lupa sejarah perjuangan bangsa serta lemah jati diri, kerajaan telah menubuhkan Biro Tata Negara pada tahun 1974, yang dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan pendidikan kenegaraan bagi memupuk semangat patriotisme rakyat Malaysia. Pendidikan kenegaraan ini amat penting untuk diterapkan kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat.

Pendidikan ini juga untuk mempertingkatkan kesedaran, penghayatan serta komitmen rakyat secara berterusan kepada wawasan negara dan usaha-usaha ke arah kecemerlangan, mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.
Semangat patriotisme dan kecintaan yang tinggi kepada negara merupakan benteng bagi mempertahankan kemerdekaan dan menjamin keharmonian yang dinikmati kini dapat terus dikekalkan. Sebagai rakyat dan juga pemimpin, pastinya tidak mahu peristiwa hitam 13 Mei 1969 serta penjajahan kuasa asing berulang dan bertapak lagi di bumi Malaysia tercinta.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.arkib.gov.my.

Tuesday, August 3

PENGISTYHARAN PERBANDARAN KEMAMAN

Pada tanggal keramat, 2 Januari 2002, MPK telah dinaikkan taraf dari Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran Kemaman di bawah Enakmen Negeri Terengganu, Bil 5
Majlis Perbandaran Kemaman (MPK) telah dinaikkan taraf dari Majlis Daerah ke Majlis Perbandaran Kemaman di bawah Enakmen Negeri Terengganu, Bil 5 tahun 2002 pada 1 Januari 2002.
Kawasan operasi MPK ketika ini berkeluasan 1,335.081 km persegi merangkumi dua belas (12) buah Mukim iaitu Cukai, Banggol, Teluk Kalong, Kijal, Kemasik, Kertih, Binjai, Pasir Semut, Tebak Hulu Cukai, Bandi dan Hulu Jabur. Pada 18 Julai 1996, persempadanan MPK telah dibuat perluasan dimana Kerajaan Negeri telah mewartakan seluruh Daerah Kemaman sebagai kawasan MPK. Ini menjadikan kawasan tadbir MPK seluas 2,535.59 km persegi.
Kenaikan taraf Majlis Daerah Kemaman kepada Majlis Perbandaran adalah berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan iaitu :
• Mempunyai penduduk melebihi 100,000 orang.
• Memperolehi pendapatan tahunan melebihi 10 juta.
• Mempunyai kemudahan infrastruktur bagi kebajikan penduduk.
• Mempunyai pusat bandar setaraf ibu negeri.
• Keperluan penduduk lebih kepada perbandaran.

LOGO

Logo



Gabungan daripada dari semua aspek melahirkan satu situasi yang dinamik membentuk struktur kekuatan yang berwibawa dalam mencerminkan matlamat Majlis Perbandaran Kemaman. Selaras dengan tujuan dan matlamat Kerajaan Negeri Terengganu dan rakyat khususnya.
Ia juga memberikan satu impak yang positif dalam membangunkan sebuah bandar yang indah di samping merealisasikan kecantikan dan pembentukan unsur-unsur yang padu dengan gabungan persekitaran flora, penduduk perindustrian dan ekonomi.

Penggunaan Huruf Jawi "Tuluth" di mana ianya diadaptasikan dari lambang Negeri Terengganu secara langsung mencerminkan kelembutan, kukuh serta keunikan Bandar Chukai, daerah Kemaman. Disusuli dengan perkataan Majlis Perbandaran Kemaman membawa maksud gabungan generasi yang peka terhadap dan penerimaan struktur geografi alam alaf baru.

KETERANGAN WARNA
Warna Keterangan Warna
Putih Melambangkan kebersihan dan kekuatan.
Kuning Perindustrian dan sumber ekonomi masyarakat
Hijau Mencerminkan alam flora dan keindahan Bandar Kemaman
Biru Situasi yang damai dan ceria
Kelabu Pelaksanaan industri yang terkawal dan berkembang pesat
Hitam Kawalan yang maksimun terhadap alam, yang mana melambangkan kekuatan dan di lindungi.

PANDUAN KE KEMAMAN

Pengunjung dari Kuala Lumpur yang memandu sendiri boleh menggunakan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan masuk ke Jalan Kuantan – Kuala Terengganu sebelum menuju ke bandar Kemaman.

Dengan Kereta

Dari Kuala Lumpur
Kuala Lumpur - Kuantan - Kemaman
Dari Selatan
Johor Bahru - Kuala Lumpur
atau
JB - Mersing - Pekan - Kemaman
Dari Utara atau Barat Laut
Lebuhraya Timur Barat - Macang - Jertih - Permaisuri - Merang – KT- Dungun-Kemaman


Terdapat beberapa syarikat bas yang menyediakan perkhidmatan bas ke Kemaman seperti Transnasional, Ekspres Cepat ,Sani, Ekspres Utama dan sebagainya.

Pengangkutan Udara

• Pengunjung boleh menggunakan perkhidmatan udara untuk ke Daerah Kemaman. Lapangan Terbang Kerteh terletak di Bandar Kerteh, iaitu kira-kira 20 minit memandu dari Bandar Chukai Kemaman.
• FireFly adalah merupakan syarikat yang menyediakan pengangkutan udara dari Subang ke Kerteh. Untuk mengetahui kadar tambang, jadual perjalanan serta maklumat berkaitan, bolehlah melayari laman web seperti dibawah :
http://www.fireflyz.com.my


Pengangkutan Bas Ekspres

Antara perkhidmatan bas ekspres yang ada ialah Utama Ekspres, Mutiara Ekspres, Mara Liner, Transnasional dan byk lagi.Terminal bas ekspres terletak di Pusat Bandar Kemaman untuk memudahkan pengguna menggunakan perkhidmatan ini.

Pengangkutan Awam Lain

Antara pengangkutan awam lain yang boleh di dapati di Daerah Kemaman ialah perkhidmatan bas lompat, teksi dan van penumpang. Bas lompat akan membawa penumpang dari Bandar Kemaman ke mana-mana destinasi yang berkaitan. Begitu juga dengan perkhidmatan teksi yang terdapat di sini. Teksi akan membawa penumpang dari Kemaman ke Kuala Terengganu ataupun mengikut kemahuan penumpang tersebut. Van penumpang adalah perkhidmatan yang disediakan untuk membawa penumpang dari kawasan pendalaman memandangkan tiada pengangkutan awam yang disediakan di kawasan tersebut.

MENU SAJIAN

Jenis Satar, Otak-otak, Keropok Lekor
Lokasi : Kuala Kemaman

Jenis Lemang
Lokasi : Kijal *Peta Lokasi

HOTEL & RESORT

Lokasi : Awana Kijal & Beach Resort

Aktiviti : PENGINAPAN, RESTORAN, GOLF
Kemudahan : HOTEL 343 BILIK, PANGSAPURI, RESTORAN, PADANG GOLF

Lokasi : Strawberry Park Teluk Senanjang
Aktiviti : PENGINAPAN, RESTORAN
Kemudahan : HOTEL 315 BILIK

TAMAN REKREASI

Lokasi : TAMAN REKREASI BAKAU TINGGI

Aktiviti : KAYAK,RESTORAN TERAPUNG
Kemudahan : TAMAN PERMAINAN, ’JUNGLE WALK’,WAKAF,JETI MEMANCING,TANDAS

Lokasi : TAMAN BANDAR CHUKAI

Aktiviti : REKREASI AKTIF
Kemudahan : ASTAKA, PADANG AWAM, TMN PERMAINAN KANAK-KANAK, TREK JOGGING,OPEN GYM

Lokasi : Pusat Rekreasi Cheneh (CRR)

Aktiviti : Rekreasi, Kem Motivasi
Kemudahan : Kem Motivasi, Hotel, Asrama, Chalet, Kawasan Perkhemahan, Restoran, Bilik Mesyuarat, Trek Joging, Gim, 12 Pusat Roupe Course, Golf Driving range.

Lokasi : PANTAI MA' DAERAH

Aktiviti : PUSAT SANTUARI PENYU & PERKELAHAN
Kemudahan : PUSAT PENERANGAN & PENETASAN PENYU, PEJABAT, PAPAN TANDA, JLN MASUK TIDAK BERTURAP

PANTAI

Lokasi : Pantai Teluk Mak Nik, Geliga Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Wakaf, taman Permainan, Kiosk & Tandas Awam, Papan Tanda, TLK, Tong Sampah, Jalan Berturap.

Lokasi : Pantai Kemasik, Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Wakaf, Taman Permainan, Kiosk & Tandas Awam, Papan Tanda, TLK, Tong Sampah, Jalan Berturap, Surau

Lokasi : Pantai Cagar Hutan, Kemaman
Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Jalan Masuk Tidak Berturap

Lokasi : Pantai Teluk Air Tawar, Kemaman
Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Resort Dengan Kemudahan Chalet, Jalan Masuk Berturap

Lokasi : Pantai Kuala Kertih, Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Resort Dengan Kemudahan Chalet, Jalan Masuk Berturap

Lokasi : Pantai Tanjung Kemasik, Kemasik Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Jalan masuk Tidak Berturap

Lokasi : Pantai Bukit Tampin, kemasik Kemaman
Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Wakaf, Jalan Masuk Berturap

Lokasi : Pantai Penunjuk, Kijal Kemaman

Aktiviti : Perkelahan
Kemudahan : Wakaf, Taman Permainan Kanak-Kanak, Papan Tanda, Jalan Berturap.

Lokasi : Pantai Teluk Puchong, Kijal Kemaman
Aktiviti : Perkelahan, Perkhemahan
Kemudahan : Wakaf, Gelanggan Futsal,Taman Permainan, Gerai Makan, Kiosk & Tandas Awam, Papan Tanda, TLK, Tong Sampah, Jalan Berturap, Surau.


Lokasi : Pantai Telaga Simpul, Teluk Kalong Kemaman

Aktiviti : Perkelahan, Beriadah
Kemudahan : Wakaf, Taman Permainan, Gerai Makan, Kiosk & Tandas Awam, Papan Tanda, TLK, Tong Sampah, Jalan Berturap, Surau.

AIR TERJUN

Air terjun
Lokasi : Air Terjun Penitih
Aktiviti : Perkelahan, Perkhemahan
Kemudahan : Jalan Masuk "Crusher Run" (Sebahagian Sahaja)

Lokasi : Air Terjun Menderu
Aktiviti : Perkelahan, Perkhemahan
Kemudahan : Wakaf, Tandas Awam, Surau, Bangku, TLK, Tong Sampah, Papan Tanda, Jalan Masuk Berturap (Sebahagian Sahaja)


Lokasi : Air Terjun Jeram Tanduk
Aktiviti : Perkelahan, Perkhemahan.
Kemudahan : Perkelahan, Perkhemahan Jalan Masuk "Crusher Run" (Sebahagian Sahaja)

ZOO

Lokasi: TAMAN REKREASI DAN MINI ZOO KEMAMAN
Aktiviti: Taman Tema Air, Menaiki Jambatan Gantung, Taman Orkid, Akuarium, menara Tinjau, Air Terjun, Sangkar Burung Pelbagai, Dusun Buah-Buahan, Taman Herba
Kemudahan : Wakaf, Surau, Trek Pejalan Kaki, Tandas Awam, Kiosk

SEJARAH KEMAMAN


DAERAH KEMAMAN merupakan daerah yang paling hujung ke Selatan Negeri Terengganu Darul Iman. Daerah ini dengan keluasan kira-kira 8,000 batu persegi (254,000 hektar) ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun bersempadan dengan Laut China Selatan.
Bancian penduduk sehingga 1940-an menunjukkan daerah ini juga yang ketiga dari segi jumlah penduduknya selepas Kuala Terengganu dan Besut. Bagaimanapun, bancian ini telah berubah selepas penemuan petroleum sekitar tahun 1970-an yang meletakkan daerah ini di tempat kedua selepas Kuala Terengganu.
Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Cukai. Bentuk muka bumi daerah ini dapat dibahagikan kepada tiga kawasan utama iaitu :
1. Kawasan pantai.
2. Kawasan Pedalaman
3. Kawasan kaki bukit (terletak hanya beberapa kilometer dari pantai)

Kawasan pantai mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan rata dengan majoriti penduduk tertumpu kepada aktiviti menangkap ikan. Kawasan ini memanjang sejauh kira-kira 38 batu dari Kuala Kemaman ke Kertih. Lebih separuh penduduk Kemaman tertumpu di kawasan ini.
Kawasan pedalaman daerah ini pula mempunyai bentuk muka bumi tanah tinggi dan berbukit bukau. Kawasan ini kaya dengan hasil bijih timah, tanaman kelapa sawit dan kayu kayan. Justeru itu, penempatan yang berlaku ada hubungkait dengan aktiviti ekonomi setempat.
Di samping itu, kawasan kaki bukit daerah ini mempunyai jumlah penduduk kedua teramai. Kawasan ini terletak antara kawasan persisiran pantai dan kawasan pedalaman. Aktiviti utama penduduk kawasan ini ialah sebagai petani.
Dari segi sejarah awal, Kemaman sudah mula dikenali sejak kurun kedua sebelum Masihi dengan nama “KOLE”. Ini berdasarkan kepada peta Semenanjung Tanah Melayu yang dibuat oleh Ptolemy (ahli kaji bintang dan Ilmu Alam Greek, lahir di Mesir pada kurun kedua sebelum Masihi) mencatatkan dua buah pelabuhan di Pantai Timur iaitu “ Perimula” dan “Kole”. Ahli Sejarah sependapat bersetuju bahawa “Perimula” adalah Kuala Sungai Terengganu manakala “Kole” pula adalah Kemaman.
Dalam pada itu, sejarah pembukaan daerah ini masih kabur ekoran tiada catatan bertulis dan bukti-bukti sahih mengenainya. Namun begitu, pakar sejarah tempatan bersetuju bahawa daerah ini mula diterokai kira-kira 300 tahun dahulu oleh Che Wan Teh dan pengikut-pengikutnya. Che Wan Teh berketurunan bangsawan Pahang telah berhijrah ke daerah ini dari Kuala Pahang berikutan kekacauan dan huru-hara yang sering berlaku di sana. Beliau telah membuka penempatan di kawasan pantai dan kampung pertama yang mula diterokai ialah kampung Bukit Mengkuang. Sebelum kedatangan kumpulan orang Melayu, daerah (kawasan ini) mulanya didiami oleh kaum Sakai yang kemudiannya berpindah ke kawasan pedalaman.
Setelah beberapa lama berkampung di Bukit Mengkuang, Che Wan Teh telah berpindah membuka perkampungan baru berhampiran muara Sungai Kemaman dikenali Tanjung Geliga. Penempatan baru ini juga tidak selamat kerana sering diganggu oleh ancaman lanun dan perompak. Oleh itu, Che Wan Teh dan pengikutnya sekali lagi berpindah dan meneroka kawasan baru di tebing Sungai Kemaman (kira-kira tiga kilometer dari Tanjung Geliga). Tempat ini kemudiannya dikenali sebagai Cukai. Peristiwa ini dapat dikukuhkan dengan adanya sebuah perkuburan lama di kawasan berkenaan. Che Wan Teh dikatakan meninggal dunia tidak beberapa lama selepas membuka Kampung Cukai. Pengikut-pengikutnya serta generasi selepas beliau kemudiannya meneruskan penerokaan kawasan-kawasan baru berikutan pertambahan penduduk dan keperluan tanah pertanian yang baru.
Selain versi secara lisan, terdapat versi lain yang merujuk kepada catatan bertulis mengaitkan pembukaan daerah Kemaman dengan bangsawan Patani yang dikenali sebagai Lebai Saris. Bagaimanapun, versi ini mencatatkan peristiwa awal abad 19 iaitu semasa Terengganu di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Syah I (1808-1830) dan secara tidak langsung merupakan kesinambungan kepada proses pembukaan daerah Kemaman oleh Che Wan Teh.
Related Posts with Thumbnails